Dunia Seni Anak-anak

Dunia Seni Anak-anak

Monday, April 7, 2014

Koleksi Terbaru Qistina

Hari ini nak kongsikan jugak hasil seni terbaru Tina. Makin lama kita boleh nampak hasil seninya meningkat dan dia lebih kreatif menghasilkan lukisan atau apa sahaja mengikut idea dan pemerhatiannya. Kalau ditanya "macamana Tina tahu nak lukis macam ni?", dia akan jawap "Tina fikir sendiri laa". Rahsianya ialah kami tidak pernah menyekat hobi dia malah kami sokong dan bantu dia. Ada jugak soalan2 yang ditanya tu kami tak dapat nak jawap, kami buat research dengan Mr.Google.. Kami cari bahan2 di You Tube kalau2 ada yang boleh membantu. Apa juga kecenderungan anak2 kita, sokonglah mereka dan selalu kena puji setiap apa yang mereka hasilkan kerana itu akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Ingatlah anak2 memang suka dipuji, apatah lagi oleh ibu bapa mereka sendiri..



 Dua gambar ni Tina sendiri yang ambil. Dia lukis bentuk dan digunting dan diwarna cantik2. Kemudian dia simpan dalam pencil boxnya.. Cute kan..






Untuk gambar sebelah kiri ni, lukisan nya menceritakan kisah sorang budak perempuan yang pergi jalan2. Kat atas awan da seekor burung yang diikat tali padanya cuba nak menangkap budak perempuan tu (kan ada hoop tu). Macam2 lah Tina ni..





 Yang ni tina kata gambar 'Hantu Pokok'. Masalahnya tak menakutkan lah pulak hantunyer.. hehehhe..



Ini namanya 'Hantu no 8'. Kreatif jugak anak saya yer sampai dia boleh fikir macam tu.. Ni semua bermula daripada video yang saya bagi dia tengok iaitu tutorial melukis menggunakan nombor. At least dia dah lebih kreatif untuk menghasilkan ciptaan dia sendiri..



Ni dalam cubaan Tina buat topeng. Tapi oleh kerana dia buat atas kertas A4 biasa jek maka tak boleh lah diikat getah sebab koyak kan. Nampak kan lubang2 tu? Tu lah cubaan Tina untuk mengikat getah.. Kesian anak ibu. Tapi dah banyak kali saya buatkan topeng untuk dia. Cuma kali ni dia nak buat sendiri.. Syabas anak ibu..

Hobby Baru Umar

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua..

Sudah lama rasanya kita tak bersua yer.. Bukan lah sibuk sangat tapi lebih kepada mengumpulkan bahan2 yang berfaedah untuk dikongsi bersama anda semua. Baru-baru ni perasan yang Umar cenderung dengan satu permainan membina ni. Permainan ni dah lama dibeli di pasar malam Jerantut dengan harga RM12 satu set. Masa tu beli 1 set jek la sebab pada ketika itu hanya Tina jek yang pandai main. Oleh kerana dah lama beli kotak nye pun dah koyak dah.. tak dapat nak kongsikan.. Cuba tengok beberapa binaan yang Umar buat ni..




Ini usahasama antara Umar ngan Tina.. 










Kalau tengok betul2 ada yang tulis bricks tu kat sebelahnya ada bentuk bunga merah tu, itulah suisnya. bila dicantum2 setiap bunga2 tu bersentuhan, nanti semua akan bergerak berpusing. Masih ada banyak gambar yang tersimpan di hp babahnya. Nanti bila saya sempat upload, saya akan kongsikan lagi.

Saturday, March 8, 2014

Donat Kampung



Asslalamualaikum semua! Saya mulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang saya sedekahkan kepada semua umat islam yang terlibat sebagai penumpang flight MAS MH370 yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan. Semoga semua penumpang di lindungi dan dirahmati Allah dan semoga kerja2 mencari dipermudahkan dan dipertemukan secepat mungkin..

Ok bersambung dengan agenda kita hari ini.. Mesti ada yang pelik gak tengok entry hari ni Donat Kampung.. Mesti ada yang tertanya2 apa yang special sangat dengan donat ni dan apa beza nya dengan donat bandar.. hehheheh.. Sebenarnya saya ada 2 resepi donat yang terbaik laa.. Yang donat kampung ni adalah sedikit sebanyak resepi yang saya dapat dan saya olah menjadikannya lebih baik. Donatnya gebu dan luarnya garing. Tahan lama bila sejuk masih lagi lembut. Donat bandar pulak adalah donat yang ala2 dunkin donats or big apple laa.. Yang lembut gebus gebas gitu..

Ini adalah resepi special yang membuatkan anak2 saya semua suka.. 

Donat Kampung

Bahan A

200 gm tepung gandum
1sudu teh baking powder
2 sudu makan mentega
1/4 sudu teh dough softener
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh garam halus
 - gaul rata semua bahan di atas dan ketepikan.

Bahan B

1 sudu kecil yis kering
50 ml air panas
2 sudu makan gula
susu segar

- kat sini ada tricky sikit.. Ambil air panas dan campurkan dengan gula, kacau gula sampai larut. Kemudian tambahkan susu segar sehingga sukatan menjadi 140 ml. Apabila ditambah susu segar tu air tu akan jadi suam. Cer rasa dulu, jgn terlalu suam, jgn terlalu panas. Kalau terlalu panas, leh tunggu seketika la bagi suam sikit. Kalau terlalu suam sangat tambahkan sikit air panas dan buang utk jadikan air tu tetap 140ml. Faham tak? Sorrylah dapur saya tak lengkap dengan thermometer. Kalau ada senang saya sukatkan berapa degree air tu yer.. Tapi bagi sesapa yang dah biasa buat donat or roti tau kot camna nak kembangkan yis kering tu kan..

Tepung tadi dibuat lubang di tengah2 mangkuk. Kemudian masukkan yis kering di lubang tu. Tuangkan sedikit susu suam panas tadi tu ke atas yis tu sehingga menutupi yis tu. Biarkan yis tu kembang antara 5 hingga 10 minit. Lepas tu gaulkan tepung bersama yis tadi dan sambil menguli masukkan sedikit demi sedikit campuran susu dan uli sehingga susu habis. Memang nanti nampak macam adunan lembik sebab nak habiskan campuran susu tu, tapi jangan risau dan terus menguli sehingga adunan tak melekat di mangkuk dan di tangan. Adunan di hempuk2 dalam mangkuk sewaktu menguli supaya memerangkap udara (tips chef Wan).

Sapukan mangkuk lain dengan minyak dan letakkan adunan donat tu ke dalam mangkuk tersebut dan golekkan dlm mangkuk tu supaya rata dengan minyak tadi. Tutup mangkuk dan biarkan adunan selama 40 minit atau naik double. Kemudian tumbuk adunan donat bila dah naik double nak bagi keluar semua udara. Pas tu canai adunan dan gunakan donat cutter, terap. Adunan ni kalau gunakan donat yang sederhana macam saya tu leh dapat dalam 18 biji donat. Biarkan donat tu naik lagi kemudian goreng sampai garing bukan hangit yer.. Bila dah siap goreng leh la golek dalam gula caster.

Lupa nak ingatkan, sukatan sudu yang saya guna untuk resepi donat ni kalau semua perasan la saya letakkan di sini sudu teh dan sudu makan. Sebenarnya sukatan sudu tu bukan menggunakan sudu sukatan yang standard tu tapi menggunakan sudu besi kat rumah tu. Kalau sudu teh tu sudu kecik yang besi tu ler. Kalau sudu makan tu standard sudu besar besi yang kita guna kat umah tu. 

Selamat Mencuba!




Ini selepas diterap dan tunggu giliran utk berenang dalam minyak panas.


Nyum nyum sedap sungguh rupanya.. Yang ni di golekkan dalam gula halus..


Adunan donat tadi jugak sesuai untuk buat burger malaysia, atau pau sambal, juga jenis2 pau goreng yang berinti ikut suka anda.. Tak rugi mencuba..

Friday, February 28, 2014

Roti Berlapis Daging Berkeju

Ini adalah beberapa masakan yang menjadi favourite kami sekeluarga. Tapi ada jugak kalanya ianya menjadi favourite ibu dan babah sahaja.. hehehhe.. syok sendiri.. Yang pasti saya cuma nak kongsikan sahaja gambar-gambar makanan yang sedap dan resepi nyer. Saya gerenti semua resepi ni menjadi dan majoritinya saya ambil dari internet. Tapi saya minta maaf lah kalau saya tak letak dari blog mana saya ambil sebab terlupa nak catit..

Sebagai pembuka selera hari ini, silalah mencuba resepi Roti Berlapis Daging Berkeju atau nama moden sikit Lasagna Roti..



Inti- 
400gm daging/ayam cincang
1 biji bawang besar saiz sederhana (didadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji kentang (didadu)
1/2 btg carrot (didadu)
2 sb cili kisar
2 sb sos tomato
2sb sos cili
sedikit kicap manis
garam
2sb rempah kurma (bancuh dgn sdikit air)
Daun sup dicincang
1 kiub ayam/daging

Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan bawang besar dan tumis sampai layu. Masukkan pula cili kisar dan tumis sampai garing. Masukkan rempah kurma. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili, kentang dan carrot dan sedikit air. Masak hingga kentang dan carrot empuk. Boleh tmbah air sedikit demi sedikit, jgn kering. lepas tu masukkan daging/ayam cincang. Kacau rata, masukkan kiub daging/ayam dan kacau rata. Masak sampai daging betul-betul masak. Jangan kering sgt, kalau kering sentiasa tambahkan air. Sebelum diangkat tambahkan garam dan kicap secukup rasa dan daun sup. Kacau rata. Jangan masin sangat sebab nanti dilapis dengan cheese. Angkat ketepikan biarkan sejuk.

Roti
Roti Sandwich secukupnya (8-10keping)
200 ml susu segar
3 biji telur dipukul sebati
sedikit garam, lada sulah/lada hitam
cheddar cheese utk lapisan
mozarella cheese utk taburan akhir

Bahan-bahan ini cukup untuk loyang 18cmx18cm 4segi disapu mentega dan dialas dgn aluminium foil (lebihkan disekeliling loyang supaya senang nak angkat kuih ni keluar) - rujuk gambar di atas.

Susu dipanaskan dengan api sederhana hingga agak2 suam sahaja. Kalau terpanas sgt, biarkan suam dulu (kalau panas2 nt bila campur ngan telur, telur akan berketul2). Masukkan telur ke dalam susu suam tadi. Kacau rata. Tambahkan garam dan lada sulah/lada hitam (kalau nak tambah herba thyme sikit/ daun sup pun ok gak).

Ambil roti dan celupkan ke dalam campuran susu dan telur tadi. susun dalam loyang selapis, letakkan inti daging/ayam tadi. Kemudian susunkan cheddar cheese tutup inti tu. Lepas tu ulang lg smpai inti habis. Kalau dgn loyg saya tu 3 lapis roti, 2 lapis inti jek.. Last skali curah ngan lebihan susu tadi dan tabur ngan mozarella cheese.. Bakar 40 min 170c. Boleh bakar ngan api atas sahaja bila dah siap untuk menggaringkan lagi atasnya..






Selamat mencuba!

Friday, February 21, 2014

Koleksi Lukisan Qistina

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak upload gambar2 lukisan Qistina. Dia ni setiap hari rajin jek melukis, mewarna, membina dan macam2 lagi laa.. Cuma ibunye saje yang tak de masa nak upload.. hehehhe macam lah karier woman sangat yer..


Ini boleh dikatakan gambar2 pertama Qistina lukis yang kita leh nampak imej nyer.. Setiap kali dia melukis, mesti ada ceritanya. Kisahnya yang ni kucing2 banyak. Masa tu dia seronok betul melukis kucing ni. Untuk pengetahuan anda semua, memang biasanya dia akan minta kami lukis kan dulu apa sahaja gambar. Jadi kami lukis ikut cara kami. Tapi bila dia dah dapat konsep lukisan tu, dia terus lukis ikut caranya tersendiri dan inilah hasilnya.. Tajuk nya Kucing-kucing yang banyak..


Yang ini pulak ada zirafah leher panjang, ada orang bagi makan kat zirafah tu. Yang lain2 tu katanya dia conteng suka hati dia jek..


Ini eksperimen Qistina melukis pelbagai bentuk muka orang. Saje dia explore kemahiran dia..


Koleksi 5 lukisan yang Qistina pernah lukis


Qistina kata ini gambar orang sedang menyiram pokok lada ( ini influence ayahnya yang sememangnya seorang usahawantani yg berjaya ). Tapi saya tanya mana pokok ladanya? Dia jawap pokok tu tak tumbuh lagi, orang tu baru tanam biji nyer.. Sabor jek laa..


Ini gambar sorang budak pompuan yang hingusnya meleleh. Pompuan yang kecik kat sebelah tu puterinya (mungkin bidadari kot) sambil pegang tisu nak lap hingus budak tu. Budak tu pulak pegang beg harta karun.. Qistina ni macam2 imaginasinya..


Qistina kata ini gambar satu family pergi jalan2 sambil makan ice-cream.. Yang ada 4 segi ada bulatan 4 kat sebelah budak kecik tu kereta. Qistina ni melukis dari banyak sudut yang berbeza. Kereta ni dilukis mengikut pandangan dari atas. Rumah mereka penuh ngan bunga2..





Yang ni lawak sikit.. kisah satu family pergi zoo laa.. Nampak tak ada kandang kat tepi tu? Qistina kata itu kandang kangaroo. So masa dia lukis tu, saya tunggu dia lukis kangaroo tapi tak de pun.. Saya tanya mana kangaroonye? Qistina jawap kangaroo tu dah keluar dari kandang gi cari makan.. Aduhai anak ibu ni.. macam2 jawapannya.. Ada binatang 4 kaki ada aerial kat kepala tu rusa. ada pokok kelapa dan orang tgh jolok buah kelapa, ada burung terbang warna oren. Nampak tak? Dan selalu jugak Qistina lukis hari hujan..


Ini Qistina lukis hasil daripada kegembiraan dia mendapat berus gigi baru. Katanya gigi budak tu kotor dan dia beli banyak berus gigi sebab nak gosok gigi bagi bersih..


Ini Qistina lukis di sekolah tadika nyer. Pada mulanya saya tak faham tapi lepas cuba melihat melalui mata dia, maka faham lah saya.. Ini ibarat satu bekas ice-cream.. Yang macam pelangi tu perisa ice-cream. Yang kotak2 ada banyak segitiga kat dalam tu ialah kon ice-cream. Yang warna warni panjang2 tu colour rice yang biasa orang buat taburan atas ice-cream.. huhuhuhuh anda nampak tak apa yang Qistina cuba potretkan?


Ini simple jek. Frame gambar bunga2..


Ini Qistina mula melukis di atas whiteboard. Katanya suasana waktu malam. Semua rumah dah tutup, ada bulan sabit dan banyak bintang..

Ada banyak lagi tapi nanti saya akan kongsikan lagi di lain lembaran. Selamat tersenyum..

Saturday, February 15, 2014

Lepas makan satay ke i-City

Sambungan kepada cerita saya yang lalu iaitu menikmati Satay JB di Klang.. Waktu masa tu dah dekat kul 12 mlm. Masa dalam perjalanan ke Klang tu, kami lalu di i-City. Adik ipar saya dok sibuk ajak singgah i-City on the way balik nanti (sambil kata dia akan belanja RM10 entry masuk per kereta). Kami ok jek memandangkan kami pun tak pernah gi sana.

Nak dijadikan citer dah kenyang makan Satay JB, sepupu saya mengajak kami ke i-City.. Laa macam tau2 jek kami pun memang nak ke sana. Jadi Mak Su saya dan anak2 nya pun mulalah mengemas tutup kedai Satay JB mereka dan kami semua sebanyak 3 kereta menuju lah ke i-City.. Sampai kat i-City kami lalu di depan 2 ekor gajah di satu pintu masuk tetapi pintu tu tutup. Qistina dengan teruja nya berkata "gajah, sila masuk".. Kami semua tergelak.. Ok lah jugak setakat untuk tengok lampu2 di i-City..

Koleksi gambar2 di i-City..















Nak tau tak kat Jerantut, Pahang pun ada Taman i-City jugak.. Tapi kecik jek and it's free of charge.. hehehhe.. Balik rumah adik ipar saya sampai dlm kul 3 pagi, penat dan ngantuk giler. Esoknya bangun pagi2 sebab nak buat beberapa juadah iaitu donat, burger malaysia @ pau sambal. Izatie pulak buat shushi dan adik ipar saya tolong goreng nugget dan sausage.. Mak Su saya di Klang masak nasi lemak dan mak kesayangan saya masak bee hoon putih (my special request). Tapi sayangnya kesemua juadah tak dapat nak ditayang kan di sini sebab semuanya di rekodkan dalam kamera sepupu saya yang hilang.. Jangan risau sebab tak lama lagi saya akan tambahkan blog ni dengan koleksi masakan dan resepi yang kami sekeluarga suka..