Dunia Seni Anak-anak

Dunia Seni Anak-anak

Main Masak-Masak

Saya memang minat sangat memasak tapi lebih kepada bread, pastry and desert. Kalau bab mencuba resepi terbaru tu memang suka sangatlah walaupun kadang-kadang tu syok sendiri jek sebab family saya ni ada cerewet sikit. Hubby saya lebih minat makanan-makanan melayu especially yang tradisional. Kak long pulak suka makan apa sahaja, tapi kecenderungan dia minat k-pop menyebabkan dia lebih suka mencuba resepi-resepi masakan korea. Qistina pulak makan makanan yang sederhana pedas, dan agak memilih jugak. Umar susah sikit nak suruh dia makan. Dia lebih memilih untuk minum susunya yang bercampur milo yang labih kurang sebanyak 10-12 botol sehari. Kalau nak suruh dia makan, nasi minyak dan nasi lemak jadi pilihan dia. Kalau nasi putih lauknya telur goreng kicap. Tak boleh ada pedas sikit pun walaupun sos cili. Oh ye! Satu lagi favourite dia kentang goreng, chicken or sotong ball dan apa-apa yang tak pedas dicicah dengan mayoneisse. Macam2 anak2 saya ni. Yang paling tak cerewet ialah saya lah.. hehehhehe..

Saya harap dengan penambahan baru page favourite makanan kami ni, boleh menambahkan ilmu kita semua kerana dapat berkongsi resepi. Saya jamin semua resepi yang saya paparkan menjadi belaka sebab dah di test oleh saya. Cuma saya nak minta maaf kepada pemilik resepi jika saya tak letakkan reference di mana-mana resepi sebab saya terlupa nak catit..

Kepada semua, selamat mencuba dan menjamu mata anda yer..

No comments:

Post a Comment