Dunia Seni Anak-anak

Dunia Seni Anak-anak

Tuesday, February 4, 2014

Percutian Keluarga 2014 Bermula

Assalamualaikum semua.. Bersua kembali setelah sekian lama menyepi. Bukannya apa, saya dan keluarga bercuti pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Saje2 berkumpul dengan keluarga pada hari2 cuti. Cadangnya tahun lepas sepupu saya bagitahu dia nak gi bercuti ke Pulau Tioman. Dia ajak mak dan ayah saya, dan mak saya pulak ajak kami sekeluarga. Nak dijadikan citer Pulau Tioman ditutup kerana dikhuatiri cuaca yang tak menentu pada bulan February. Maka saya cari lah alternatif. Nak dijadikan citer lagi cari punya cari punya cari maka melalui Mr Google dapatlah satu tempat ni namanya Gold Coast Morib. Dan terlanjur anak sulung saya belajar di Kolej Matrikulasi di Banting, makanya selepas berbincang dengan panjang lebar, kami semua setuju lah ke sana.. Dan tibalah kami di sini pada 31hb January, 2014 yang lalu..




Ini blok kami duduk. Kami book 2 apartment 3 bilik. Cukup lah untuk kami semua yang berjumlah 13 dewasa campur 2 kanak2 (anak2 kecik saya lah tu). Malam tu adik ipar saya dan suaminya pun join kami jugak tapi diorang tidur di ruang tamu jek.. Tak dapat nak snap gambar kat pintu masuk resort.. hehhehe.. saya ni tak berapa suka snap gambar..

Yang seronok di sini satu jek la pada saya, ada nya water park. Ok lah untuk anak2 saya yang memang suka berendam.. Ini semua gambar yang diambil pada hari kedua. Untuk mereka yang tinggal kat resort ni tag yang diorang bagi setiap apartment dapat 5 tag dan 5 breakfast. Tag tu boleh digunakan selagi kita tak tanggalkan selama kita ada kat situ.. Water park tu buka dari 8am-7pm.

Nikmatilah gambar2 kami berseronok cuma yang sedih sikit ini adalah gambar hari ke2 kami di sana. Gambar hari pertama kami semuanya tak dapat nak dipertontonkan sebab camera sepupu saya hilang di bilik karaoke pada malam pertama kami. A bit dissappointed tapi fun must go on.. Gambar2 ni adalah dari tab adik ipar saya..


Ni gambar tag nyer yang saya pakai
untuk 2 hari saya di sana.. 1/2/14 tu expiry date utk tag tu.


 Ni gambar water park nyer.. Gelongsor pusing2 yang warna biru tu hanya mereka yang pakai swimsuit jek leh naik sbb kalau pakai sluar trek alamatnya mengayuh la kt dalam tu (tak licin utk meluncur laju).


                                                  Ni saya dan adik ipar..


Qistina dan ibu.. seronok nyer dia kan.. 

 Me and my eldest daughter merangkap bff.. Macam adik n akak kot..





Ni gambar Umar yang tak nak main air sebab takut sejuk. Hari pertama dia ok jek, siap main gelongsor sana sini.. Tapi hari ni dia tak nak, katanya sejuk sangat.. Nampak muka bosan dia tu..

 Ini lah 5 daripada member yang ikut serta. Ada lagi yang lain2.. Yang baju kotak2 tu lah nyer idea nak bercuti tahun baru cina ni.. Dan dia lah sibuk bawak mak dan ayah saya (baju merah dan baju putih) datang dari JB.Yang baju kuning dan baju biru tu emak dan ayah saudara saya.. Mak saudara saya tu jual sate kat Taman Kem Klang, sedap satenya.. Sesapa yang berminat, leh la cuba sate JB di Klang yer..


Salah satu aktiviti di tepi pantai.. Saya tak cuba pun.. Sepupu2 saya yang seronok main motor ni.. 

 Si comel Qistina di tepi pantai.. Masa ni saya tgh check-out.. Rugi tak dapat amik gambar..

 Suami tercinta (si baju hitam) bersama biras saya sedang berehat di balkoni apartment kami..

Begitu lah keseronokan kami di sana bercuti selama 2 hari 1 malam. Maaflah kalau gambar2 saya ni tak menarik hati anda, saya cuma nak berkongsi experience kami bercuti bersama sebab dah lama sangat tak bercuti ramai2.. Ada banyak lagi gambar tapi kalau nak masukkan semua nanti org kata saya ni syok sendiri pulak.. hehheheh.. Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog saya.. Kita berjumpa di entry saya yang akan datang menceritakan sate JB di Klang.. dan keseronokan anak2 saya melawat I-City tengah malam selepas makan sate.. 

No comments:

Post a Comment