Assalamualaikum dan selamat petang. Jumaat minggu lepas saya pergi acara gotong royong di sekolah tadika Qistina. Semasa sibuk di luar menanam sayur untuk kebun sayur tadika tu, saya terdengar cikgu tadika tu marah kat sorang pelajar lelaki ni. Rupanya pelajar lelaki tu asyik main dan tak mau mewarna. Sehinggakan akhirnya cikgu tu duduk di sebelah pelajar lelaki tu sambil pegang tangan dia dan mewarna bersama-sama.. Huhuhuhu.. risau saya sekiranya itu berlaku pada Umar. Memandangkan tahun depan Umar pun akan bersekolah tadika dan sekarang ni dia masih just scribble jek atas lukisan2 yang saya belikan. Saya buat sikit research lah nak tau ada something wrong somewhere ke.. atau pun saya yang masih tak tau teknik untuk mengajar Umar.
Ada lah saya google sikit2.. iyerlah kalau saya ni tinggal di KL mungkin boleh lah saya hantar anak2 saya ke kelas Uncle Uneh kan.. Tapi malangnya saya terpaksa lah ambil inisiatif sendiri untuk mengajar Umar. Walaubagaimanapun, tak banyak website atau video yang membantu. Kebanyakan mengisahkan cara mengajar anak mengenal warna yang sememangnya Umar sejak umur 2 tahun dah kenal warna. Tapi kebanyakan ada jugak yang mengatakan bahawa perkara ni memang lazim untuk kanak2 especially kanak2 lelaki. Mungkin diorang ni lebih suka main ngan gadget lebih daripada yang ilmiah. Cuba tengok kat bawah ni satu contoh Umar mewarna semasa di kelas literasi..
Ada jugak web yang banyak pertanyaan daripada ibu bapa yang concern tentang hal ni, jawapan daripada expert biasanya adalah jangan risau sebab itu gaya kanak2 itu explore kreativiti mereka. Dan lama kelamaan mereka akan develop kemahiran mereka sendiri. Dan sekarang baru saya sedar selama saya tengok pertandingan mewarna untuk kanak2 bawah umur 5 tahun mesti lebih ramai peserta perempuan.. Tapi cuba bagi pertandingan yang melibatkan games, ha tengok lah betapa ramai budak2 lelaki yang sertai. Mungkin ada benarnya kata2 bahawa lelaki ni lambat matang kan..
Jadi kerisauan saya beransur2 kurang dan membiarkan Umar lebih explore dengan kreativiti dia sendiri. Cuma walau tak cantik atau tak lengkap dan sempurna, saya tetap akan puji sebab kanak2 ni suka dengan pujian (dewasa pun sama). Yang penting saya tak berputus asa untuk sentiasa membelikan buku2 colouring dan pensel atau pen warna atau crayon untuk dia mewarna. Saya yakin kalau kita sentiasa memberi sokongan dan bimbingan mesti Umar boleh mewarna dengan baik sebelum dia habis kelas literasi nya akhir tahun nanti..
No comments:
Post a Comment