Saya ada ceritakan sebelum ni tentang percutian keluarga kami ke Gold Coast Morib masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas kan. Sebenarnya kami bertolak dari Pahang sehari sebelum kami ke GCR Morib tu. Hari Khamis tu selepas Maghrib, dari rumah adik ipar saya (tahniah, balik dari KL kami dapat tahu yang dia pregnant 1st baby), kami bertolak ke Klang. Destinasinya Taman Kem Klang ada food court gerai makanan. Mak Usu saya berniaga sate yang dia namakan Satay JB. Saya dah lama sangat rindu nak makan sate dia. So dapatlah makan sate kambing yang saya idamkan.. Memang sate nyer sedap sungguh, bak kata suami saya 'Sate sedap dalam dunia, Enak dimakan begitu sahaja" - dah macam tagline iklan tv lak hehehhehe.. Yang pasti memang sedap.. Tak bohong nyer laa. Sesiapa sahaja yang datang dari jauh gerenti rasa berbaloi dapat makan Satay JB Mak Usu saya ni. Kami ni dah lama tak ke Klang jadi adalah lebih kurang sesat sikit maka nya sampai sana pun dah nak dekat kul 10 mlm.. Malangnya kami lupa nak amik gambar semasa di sana. Tapi tak pe sebab kami ada gambar dalam simpanan kami yang dipostkan di fb sepupu saya..
Ini lah gambar anak beranak yang mengusahakan perniagaan Satay JB
Sate-sate yang sedang dibakar. Baunyer menusuk kalbu..
Barisan sate-sate yang menunggu giliran untuk dibakar dan di nyum nyum..
Harga Satay JB. Sediakan wang yang cukup yer..
Gambar yang paling kiri ialah gambar sate-sate yang sedang diperap. Yang tengah pulak sate yang hendak dihidangkan. Dan gambar yang paling kanan ialah gambar sepupu saya yang setia membakar sate setiap kali ada masa lapang. Itulah gerai Satay JB. Sampai kat Taman Kem Klang mesti jumpa nyer food court ni dan gerai Satay JB ni betul2 seberang Masjid.
Selain daripada makan sate kami jugak makan Kue teow kung-fu dan minum air milo tabur yang sedap dan sampai sekarang ni Qistina dok oder milo tabur kat saya.. hehehehhe.. Memang puas hati lah lawatan kami ke Satay JB Klang, lagipun kat situ lah saya dapat berkumpul ngan mak dan ayah saya sebelum esoknya kami semua ke GCR Morib.. Terima kasih kepada Mak Usu, sepupu Farah, Nabila, Faez dan sepupu ipar (ada ke term ni?) Izham atas layanan anda semua dan belanja kami yang datang dari jauh ni dengan Satay JB yang memang sedap sehingga menjilat lidi.. Kami doakan perniagaan kalian bertambah maju yer, ditambahkan rezeki oleh Allah melimpah-limpah.. Amin..
Sebelum terlupa ada gak la terselit gambar Qistina yang baru lepas bangun tidur (lama sangat dalam keter), yang tak sabar nak makan sate. Sate memang her favourite.. Malam tu jek rasanya lebih 10 cucuk dia makan sate ayam.. Memang keturunan suka sate. Nasib baik sate Tok Su nyer kan.. Terima kasih Tok Su..
To be continued to i-City Shah Alam..
No comments:
Post a Comment