Inilah 3 cahaya mataku yg tercinta..
Assalamualaikum, terima kasih kerana melayari blog ini. Blog ini dicipta khas untuk 3 cahayamataku yang disayangi. Setiap hari melihat kan mereka membesar di depan mata amatlah membanggakan. Oleh sebab itu saya teringin sangat untuk berkongsi cerita2 tentang mereka bersama anda kawan2 semua.. Semoga boleh dimanfaatkan bersama..
Cerita kat dalam blog ni lebih kepada kreativiti dan kecenderungan anak2 saya.. Anak2 ni semuanya tak sama kan. Sifat mereka berbeza walaupun ada jugak yang sama tetapi perbezaan nya tetap ada.. Itu lah yang saya nak ketengahkan dan kongsikan. Memetik hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda "Sesungguhnya anak2 ini dilahirkan ibarat kain putih, dan kitalah sebagai ibu bapa mencorakkan mereka..." Jadi menjadi tanggungjawap kita ibu bapa untuk memastikan anak2 kita dididik mengikut kecenderungan mereka. Mereka mesti disokong dan dibimbing untuk memastikan kecenderungan dan kreativiti anak2 kita di salurkan ke arah yang betul. Kadang2 kita lebih melihat sikap anak2 dan selalu mengeluh sebab anak2 kita nakal kan.. Tetapi juga memetik kepada kata2 Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah (DMFK)
- "Pesan Nabi s.a.w : Anak2 yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana". So tukar paradigma kita tentang anak2 kita. Fikiran dan kata2 ibu bapa itu adalah DOA YANG MAKBUL. Sabda Rasulullah s.a.w lagi : Allah bertindak seperti mana yang kita sangkakan/fikirkan oleh hambaNya."
So sama-samalah kita cari kecenderungan dan bakat anak2 kita untuk kita bimbing dan ketengah kan dengan cara yang betul. Kita adalah ibu bapa moden yang minda luas terbuka di zaman tanpa sempadan dan informasi di hujung jari, jadi sama-samalah cari illmu untuk kita rangsang kreativiti anak2 kita..
Sedikit pengenalan tentang anak2 saya..
Ini yang sulung, Kak Long yer..
Baru bulan 12, 2013 aritu masuk 18 tahun umurnya.. Sekarang ni belajar di Kolej Matrikulasi. kecenderungan masa kecil nya asik nak berjalan jek.. Sorrylah sebab tak banyak yang ibu boleh potretkan tentang kak long sebab masa kecil nya asik nak travel holiday jek.. Kak long ni lebih kepada akademik. Sekarang minatnya lebih kepada memasak dan hiburan k-pop.. So kalau masakan Korea tu memang dia suka mencuba.. Nanti saya kongsikan beberapa masakan yang kak long ni masak..
Ini Qistina, comel tak saya?
Melihatkan pada baju sekolah tu tentu semua dah tahu yang Qistina ni baru jek masuk sekolah tadika awal tahun 2014. Dia ni lincah, mulut nya petah bercakap, tak boleh nak duduk diam (ada jek kerjanya). Tina ni paling kreatif sebab dia suka melukis dan build lego. Mungkin banyak yang saya akan kongsikan hasil seni Tina nanti. Tunggu..
Ini pula Umar buat muka cute..
Yang the only boy (buat masa ni lah, hehheh) tahun ni umurnya 4 tahun, baru masuk sekolah literasi. Budaknya manja dan petah bercakap, banyak tanya (sel2 otaknya sedang berhubung).. Kami masih mencari dan menyelidik tentang kecenderungan Umar ni. Dia masih lagi sibuk dengan mainan, cerita kartun, Ultraman laa.. Cuma baru2 ni kami expose dia dan Tina dengan jigsaw puzzle dan ternyata memang mereka terror main jigsaw puzzle dan selalu berlumba berdua (kadang2 ibu pun jadi magsa kena lawan ngan diorang tapi biasalah ibu yang kalah, saje bagi diorang menang).. Dua beradik ni selalu jek nak menang.. Dan sekarang ni dia baru mula cenderung untuk membina lego. Figura yang paling dia suka pistol dan robot tempur. Umar ni pelat bila bercakap jadi selalu orang tak faham apa yang dia cakap. Tapi dia rajin mengemas.. Kita lihat lah nanti dari masa ke semasa perkembangan minda Umar yer..
Begitulah corat coret pengenalan tentang 3 cahaya mata saya.. Kita pasti akan bertemu lagi dalam lembaran yang lain especially untuk berkongsi hasil kreativiti anak2 saya.. See you all soon..
No comments:
Post a Comment