Dunia Seni Anak-anak

Dunia Seni Anak-anak

Thursday, January 23, 2014

Qistina pun pandai gubah bunga?

Macam tak percaya semasa saya sibuk menyiapkan satu gubahan sirih junjung untuk majlis persandingan adik ipar saya, dengan senyap2 rupanya Qistina pun sibuk menggubah bunga.. Kalau saya lah kan punyalah dok fikir dua tiga kali kat mana nak letak bunga ni, nak senget ke, nak tegak ke? Tapi dia selamba jek cucuk tang sana, dia cucuk tang sini, eh eh jadi pulak.. Cantik susunan nya.. Dari manalah bakatnya tu yer? Saksikanlah..


Inilah gubahan bunga Qistina yang dibuat dengan selambanya.. Walaupun tak lah berapa mempersonakan tetapi ianya kira cantik lah untuk budak seumur 3 tahun (pada masa tu laa)..


Jangan tak percaya sebab bunga2 tu digubah di atas sebuah lori mainan.. Ibu pun tak pernah terfikir untuk menggubah bunga atas lori mainan. Itulah kanak2.. Daya kreativiti mereka ni tiada batasan sama seperti dunia tanpa sempadan begitulah mereka. Kerana itulah pentingnya ibu bapa memainkan peranan untuk mendidik, mendorong dan membimbing mereka supaya kreativiti mereka dapat dijanakan dengan betul dan efektif.. Informasi di hujung jari, jadi google jek lah topik apa sekalipun InsyaAllah akan jumpa. Tapi kena pandai memilih informasi yer sebab ada jugak informasi yang tak berapa nak cerdik.. Berhati2..

No comments:

Post a Comment